a September 2014 ~ zambry.my

Saturday, September 27, 2014

MB Perak Receives Medallion Of The City Of Sarajevo

Perak Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir was presented with the Medallion of the City of Saravejo for his commitment in strengthening relationship between the State of Perak and Sarajevo.

He received the medallion from the Mayor of Sarajevo, Dr. Ivo Komsic in a ceremonyheld at Sarajevo, Bosnia Herzegovina on Friday.

The medallion is a symbol of gratitude for supporting development of economy, trade and entrepreneurship and encouraging investment environment in Sarajevo and the region.

In his acceptance speech, Dr. Zambry announced the establishment of twinning city between Ipoh and Sarajevo.

He said, Perak is looking forward to forge stronger cooperation in economic, social and cultural relationships with Bosnia and Herzegovina especially Sarajevo.

"People of Malaysia especially Perak will continue to support and assist Bosnians especially in the area of education.

"The State is offering five scholarships to Bosnians to further their studies in state owned university, Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah or KUISAS," he said.

Dr. Zambry is in Sarajevo to launch the newly formed Malaysia - Bosnia and Herzegovina Business Council (MBBC).

During the launch, two memorandum of understanding (MoU) were signed by MBBC, Sarajevo Business Council, Persatuan Alumni UIAM and Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) involving cooperations in social and cultural relations.

While another MoU between Great Color Investment Ltd and Energoinvest were signed for exploring energy industry in Bosnia.

Dr. Zambry urged the parties involved in the MoU to expedite the terms into affirmed agreement and turn them into implementation.

In view to the signing, he added, Perak is looking forward into possibility on working together with Bosnian companies in timber, green technology and energy related industries.

Also present at the launch were Bosnian Minister of Energy and Industry, Erdal Trhulj; Malaysian ambassador to Bosnia, Anuar Kasman; Co-Chairman of MBBC Malaysian Chapter, Khairul Azwan Harun and Co-Chaiman of MBBC Bosnian Chapter, Amer Bukvic.

Later on the day, Dr. Zambry paid a courtesy visit to Bosnian President, Bakir Izetbegović.

During the visit, both leaders discussed issues related to bilateral relationship and President Bakir invited the Sultan of Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah to visit Bosnia.

Thursday, September 25, 2014

Dr. Zambry To Officiate The Opening Of EIIM in Germany

Dr. Zambry will officiate the opening of the European Institute of Islamic Medicine in Castrop Rauxel, Germany today.
Based in Medizin Park Rurh, this institute aims to promote and conduct research combining modern technology and Islamic medical practices in addressing the diseases in modern time.
About 30 renowned medical experts and scientists headed by Dr. Amina Ather and Prof. Dr. Winrich Breipohl are joining effort in making the institute a success.
In conjuction with this launch, there would also be a international colloquium on medicine approaches, the MPR Colloquium 2014.
Among the guest to accompany Dr Zambry is the Malaysian Consul General to Germany, Adina Kamaruddin and Lord Mayor of Castrop Rauxel, T. Beisenherz.

Friday, September 19, 2014

308 Ekor Lembu Untuk Korban Perdana 2014

Sebanyak 308 ekor lembu diterima untuk program Korban Perdana Negeri Perak 2014 sempena Hari Raya Aidiladha tahun ini.
 
Majlis akad penyerahan dan penerimaan lembu-lembu itu diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar di Ipoh pada Khamis malam.
 
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menerima lembu-lembu itu daripada para penyumbang sebelum menyerahkannya kepada Ketua Eksekutif Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, Datuk Ismail Saffian.
 
Program Korban Perdana 2014 itu diselaraskan oleh Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR) dan akan diagih-agihkan kepada kawasan Dewan Undangan Negeri yang telah dikenalpasti.
 
Antara penyumbang ialah Lembaga Air Perak dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak yang masing-masing menyumbangkan 100 ekor lembu, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (50 ekor), Menteri Besar Incorporated (34 ekor), K Perak (20 ekor) dan NCIA (seekor).

Monday, September 15, 2014

MB Inc. Jalin Kerjasama Penyelidikan Dengan JMG

Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Menteri Besar (MB Inc.) menjalin kerjasama penyelidikan dengan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia dalam menjadikan Perak sebagai peneraju industri perlombongan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerjasama ini juga bagi memastikan supaya hasil-hasil galian dan mineral dapat dikendalikan dengan sebaiknya.
Beliau turut memuji tindakan proaktif JMG kerana bekerjasama dengan kerajaan negeri menerusi MB Inc. bagi membangunkan bidang geosains dan galian ini kerana Perak dianggap negeri yang kaya dengan sumber mineral.
"Dengan demikian kerja-kerja berkaitan dengan penyelidikan dapat dilakukan apabila adanya hubungan baik dan kerjasama mantap antara JMG dengan MB Inc.'' katanya.
Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangi perjanjian persefahaman (MoU) dengan JMG di Ipoh pada Isnin.Hadir sama Ketua Pengarah JMG Malaysia, Dato' Yunus Abdul Razak dan KetuaPegawai Eksekutif MB Inc. Dato' Aminudin Hashim.
Katanya, kerjasama seperti ini akan memberi kelebihan kepada MB Inc. untuk memanfaatkan kepakaran JMG Malaysia dalam menggalakkan pembangunan menyeluruh menerusi rantaian bekalan industri perlombongan di Perak.

Saturday, September 13, 2014

Guna Kreativiti, Inovasi Secara Bermoral

Kreativiti dan inovasi perlu digunakan secara bermoral bagi memastikan ia tidak membawa kehancuran kepada manusia sendiri.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir meminta masyarakat mengunakan daya kreativiti yang tinggi serta daya berinovasi di luar kotak pemikiran untuk kebaikkan bersama manusia sejagat.
Katanya, kedua-dua perkara itu jika digunakan dengan tujuan positif untuk membina atau penambahbaikkan, ianya mampu mentranformasikan kehidupan menjadi lebih baik.
Jelas beliau, ledakkan informasi mengenai pelbagai bidang yang mudah diperolehi hasil teknologi maklumat yang canggih seharusnya digunakan secara bermoral kerana jika tersilap langkah ia boleh memberi kesan negatif.
"Jika kita lihat ciptaan-ciptaan yang dibuat oleh manusia pada abad ke 20 dan 21, ianya memberi banyak alternatif kepada manusia, ada yang memberi manfaat dan ada pula sebaliknya.
"Kebolehan untuk berkreativiti dan berinovasi adalah seperti pisau kepada manusia, jika ia digunakan dengan cara yang positif, ia akan memberi kebaikkan dan jika digunakan dengan cara negatif ia boleh membawa kehancuran," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian majlis Konvensyen Inovatif & Kratif (KIK) Perkhidmatan Awam ke 27 dan Sambutan Hari Inovasi Perkhidmatan Awam peringkat negeri Perak di Dewan Bankuet, Ipoh pada Jumaat.
Dr. Zambry berkata, KIK adalah satu pentas yang penting dalam memberikan keberkesanan dalam menilai, mengukur prestasi pengurusan serta penyampaian perkhidmatan organisasi, menggalakkan persaingan di samping meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam.
Menurut beliau, hasil rekaan dan inovasi peserta-peserta konvensyen itu akan dilihat secara teliti oleh kerajaan negeri untuk diguna pakai, samada di peringkat jabatan mahupun negeri.
Pada majlis itu Dr Zambry menyampaikan beberapa anugerah seperti Anugerah Tema Hari Inovasi Terbaik, Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT), Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT), Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah dan Tanah (AIPDT) dan Anugerah Inovasi Pengurusan Kewangan (AIPK).
Bagi tahun ini, tiada pemenang bagi Anugerah Inovasi Menteri Besar (AIMB) tetapi ianya digantikan dengan Anugerah Potensi Inovasi yang dimenangi oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak dengan ciptaan mereka KM Post Asah.

Thursday, September 11, 2014

Liga Perak Amanjaya Cari Pemain Bola Sepak Berbakat

Perak terus mengorak langkah untuk mencari pemain bola sepak yang berpotensi mewakili negeri dengan memperkenalkan Liga Perak Amanjaya (LPA) 2014 antara Parlimen merebut Perisai Amanjaya Menteri Besar Perak.
Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, liga itu diwujudkan bagi mencungkil bakat-bakat muda terutamanya di kalangan anak jati Perak untuk diketengahhkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Katanya, ia juga merupakan persediaan awal yang dibuat oleh PAFA bagi menghadapi musim 2015 akan datang untuk memperkuatkan skuad-skuad Piala Emas Raja-Raja, Piala Belia, Piala Presiden dan juga Liga Super negeri ini.
Menurut beliau, liga itu akan melibatkan 24 pasukan mewakili parlimen masing-masing, justeru memberi peluang kepada lebih ramai lagi pemain muda mempamerkan bakat mereka.
"Kita akan gunakan liga ini untuk mencari bakat-bakat baru bagi mewakili Perak untuk skuad-skuad yang perlu kita sediakan dalam pertandingan dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan juga Pesatuan Bola Sepak Melayu Malaysia," katanya ketika sidang media selepas pelancaran liga tersebut.
Pelancaran telah disempurnkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir di kediaman rasminya pada Rabu.
Pengerusi LPA 2014 dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Teknik dan Pertandingan PAFA, Datuk Shahrul Zaman Yahya pula memberitahu, setiap pasukan yang menyertai liga itu hanya dibenarkan mendaftar 20 pemain iaitu 15 berumur di bawah 20 tahun dengan maksimum lima pemain lebih 20 tahun.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia berkata, pegawai-pegawai daripada PAFA juga akan turut hadir pada kesemua perlawanan liga tersebut.
Jelas beliau, pegawai-pegawai itu nanti akan mengenal pasti pemain-pemain yang berpotensi untuk diserapkan ke dalam akademi bola sepak Perak yang berpengkalan di Ipoh.
"Pemain-pemain yang berpotensi itu nanti akan berlatih di akademi Ipoh, jika sekiranya mereka dirasakan layak, mereka akan diserapkan ke dalam pasukan-pasukan negeri kita," katanya.
Selain Perisai Menteri Besar Perak, juara juga akan memenangi wang tunai RM30,000 manakala naib juara RM15,000 dan masing-masing RM5,000 bagi pemenang tempat ketiga dan keempat.
Liga tersebut akan bermula pada 13 hingga 16 September ini bagi pusingan liga, 20 hingga 21 September bagi pusingan suku akhir dan separuh akhir, manakala perlawanan akhir akan diadakan pada 1 Oktober.

Kerajaan Negeri, Felcra Kerjasama Selesai Masalah Perumahan Generasi Kedua

Kerajaan negeri mahu bekerjasama dengan Felcra Berhad bagi menyelesaikan masalah perumahan generasi kedua Felcra di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, terdapat kawasan-kawasan Felcra yang dilihat mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai kawasan perumaham bagi keperluan generasi kedua ini.
Katanya, ada pula kawasan Felcra yang telah dibangunkan sejak sekian lama tetapi malangnya mengalami kemerosotan dari segi kependudukan.
"Ini termasuklah beberapa kawasan Felcra seperti Seberang Perak dan Lekir umpamanya sekolah yang ada di kawasan berkenaan semakin kurang pelajarnya.
"Kalau dulu ada lebih daripada 100 orang pelajar sekarang tidak sampai dan mungkin satu hari nanti sekolah dalam kawasan Felcra itu akan ditutup.'' katanya.
Dr Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.
Sebelum itu beliau menerima cek bayaran bagi pendapatan terkumpul Felcra Berhad kepada kerajaan negeri berjumlah RM42.5 juta yang disampaikan Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Bung Mokhtar Radin.
Menurut Dr Zambry lagi, beliau turut meminta Felcra membangunkan kawasan terbiar di negeri ini dalam bentuk lain dan baharu yang boleh dimanfaatkan oleh generasi kedua.

Saturday, September 6, 2014

Sultan Nazrin Shah Hargai Tugas Media Lapor Pemakaman Almarhum Sultan Azlan

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menzahirkan penghargaan kepada semua pihak termasuk petugas media dalam melaporkan urusan pemakaman Almarhum Sultan Azlan Shah pada 28 Mei lepas.
Baginda melahirkan penghargaan tinggi kepada mereka yang begitu tinggi budi dan pekerti dalam menggalas tugas menyampaikan berita tentang kemangkatan Almarhum.
"Beta pohon dihalalkan setiap keringat yang dititiskan ke bumi dan setiap tenaga yang digunakan semasa memenuhi tanggungjawab itu.
"Beta disembah maklum, sebahagian daripada para petugas tidak dapat hadir di majlis ini kerana pada masa ini diperlukan bertugas di tempat tertentu. Sampaikan salam terima kasih Beta sekeluarga," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Majlis Jamuan Teh Diraja bagi menghargai Petugas-Petugas Istiadat Pemakaman Almarhum Sultan Azlan Shah, di perkarangan Istana Iskandariah pada Sabtu.
Sultan Nazrin turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan, Kerajaan Negeri, Kementerian Penerangan, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, agensi penyiaran serta media, jabatan, institusi, pertubuhan dan individu yang terlibat secara tertera atau terselindung dalam mengendalikan urusan pemakaman.
Baginda melahirkan rasa terharu melihat ramai rakyat dari pelbagai lapisan, pegangan agama dan kaum menziarahi jenazah Almarhum.
"Dalam kalangan mereka ada yang uzur, warga emas, bertongkat, dipapah, berkerusi roda, berpakaian lusuh, berjalan kaki, mendaki bukit serta memanjat tangga istana, tetapi berhati cekal untuk menziarahi dan mendoakan kesejahteraan jenazah Almarhum.
"Beta percaya kebanyakan mereka tidak pernah menemui Almarhum secara peribadi semasa hayat Almarhum, tetapi secara khusus mereka telah mempamerkan semangat kasih setia rakyat kepada Raja Pemerintah yang telah mangkat.
"Secara simboliknya, mereka mempamerkan sifat kesetiaan, mendukung kelangsungan institusi pemerintahan berteraskan raja," titah baginda.
"Banyak pihak yang terlibat menguruskan istiadat pemakaman. Beta menyaksikan sendiri, tugas-tugas berat yang dilaksanakan oleh begitu ramai petugas, menguruskan perjalanan jenazah selamat sampai ke Istana Iskandariah, pelajar tahfiz yang tidak putus-putus membacakan ayat-ayat suci Al-Quran, kalangan yang menyiram dan mengapankan jenazah.
"Para jejawat yang setia berdiri di Balai Rong Seri sepanjang hari, para anggota yang mengusung Seraja Diraja dan mengiringi perjalanan terakhir jenazah dari istana ke tempat pemakaman, menyembahyangkan jenazah, menyemadikan jenazah di liang lahad, mentalkinkan dan mendoakan jenazah," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah setiap tugas dilaksanakan secara terbaik dengan semangat kasih sayang untuk memuliakan jasad seorang Sultan yang telah mangkat.Baginda bertitah kemangkatan ayahanda baginda itu telah memenuhi peranan sebagai seorang Raja Pemerintah yang berpegang teguh kepada konsep Raja Berperlembagaan.
"Almarhum dikenali sebagai seorang Raja Pemerintah yang amat berpegang kepada prinsip meluhurkan perlembagaan serta mendaulatkan undang-undang.
"Almarhum telah meninggalkan legasi pemerintahan yang wajib dijadikan rujukan. Almarhum telah melakarkan imej Raja Pemerintah yang disegani dan menyuntik kedaulatan takhta yang dihormati," titah baginda.
Sultan Nazrin diisytiharkan sebagai Sultan Perak dalam istiadat pengisytiharan pelantikan di Istana Iskandariah pada 29 Mei.
Sultan Nazrin, 58, kini dikenali dengan gelaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Baginda merupakan putera sulung Sultan Azlan Shah.
Semalam berakhir tempoh berkabung selama 100 hari.

Solat Hajat Untuk Pelajar Di Kediaman Menteri Besar

Satu majlis bacaan Yassin dan solat hajat telah diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar di Ipoh untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memberitahu, majlis itu bertujuan untuk mendoakan kejayaan bagi pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan tidak lama lagi.
Beliau turut berharap majlis itu dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama umat Islam.
"Diharap Allah mempermudahkan perjalanan murid-murid ini nanti, dilapangkan dada mereka, diberikan kekuatan kepada mereka dan diberi nur di dalam jiwa mereka.
"Kita sebagai manusia kadang-kala ada berbalah sesama kita dengan perkara-perkara tidak sepatutnya, Insyaallah majlis seperti ini dapat menyatukan hati kita semula," katanya ketika memberi ucapan sambil menunggu waktu solat Isyak pada Khamis.
Kira-kira 500 orang menghadiri majlis tersebut, yang terdiri daripada pelajar maahad tahfiz, anak yatim, pengetua-pengetua sekolah daerah Kinta dan ketua-ketua jabatan.
Majlis tersebut telah dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti dengan bacaan tahlil, Yassin, solat Isya dan solat hajat sebelum diakhiri dengan jamuan makan malam.
Menurut Nurul Izah Darmia Lasa, 15, dari sekolah Mahad Tahfiz Al-Quran dan Akademik BAKIP, majlis tersebut adalah sesuatu yang amat istimewa baginya.
Katanya, doa dari orang ramai, terutamanya dari pemimpin negeri itu akan dijadikannya sebagai semangat untuk lebih berusaha mendapatkan keputusan cemerlang bagi Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang bakal diambilnya pada 10 Oktober ini.

Thursday, September 4, 2014

Curi Kabel Dan Vandalisme Punca Talian Internet, Telefon Bimbit Di Perak Terjejas

Kejadian kecurian kabel dan vandalisme pada menara telekomunikasi yang agak berleluasa di negeri ini dikenalpasti sebagai punca utama menyebabkan tahap penembusan talian internet dan telefon bimbit di Perak terjejas teruk.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika mendedahkan perkara ini berkata kerajaan negeri memandang serius kes kecurian kabel kerana ia telah menyebabkan Perak antara negeri yang menghadapi tahap penembusan internet serta perkhidmatan telefon bimbit paling teruk di Malaysia.

Katanya punca ini dikenalpasti setelah kerajaan negeri dimaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bahawa Perak diberikan peruntukan besar untuk tujuan kemudahan infrastruktur telekomunikasi namun pengguna tidak dapat menikmati manfaat tersebut berikutan aktiviti jenayah pihak tidak bertanggungjawab ini.

Menurutnya lagi kejadian kecurian kabel ini didalangi satu sindiket licik dan dilakukan dalam suasana yang professional bagi mengaburi mata orang ramai akan kegiatan jenayah mereka.

“Kerja mereka sangat profesional…tidak kira malam atau siang mereka datang dalam kumpulan lengkap  berpakaian seragam serta kenderaan syarikat kononnya seolah-olah melakukan kerja-kerja membaik pulih.

Saya menyeru orang ramai yang melihat apa-apa aktiviti di menara telekomunikasi cepat menghubungi pihak polis supaya siasatan dapat dibuat untuk memastikan sama ada mereka ini merupakan pekerja sahih yang melakukan kerja baikpulih ataupun sindiket mencuri kabel,” katanya.     

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.
Menteri Besar berkata Perak menduduki tempat kedua tertinggi selepas Selangor, dengan mencatatkan 2,014 kes curi kabel dan vandalism terhadap prasarana telekomunikasi yang melibatkan nilai kerugian berjumlah RM 7.23 juta pada tahun 2013.

Katanya, bagi tahun 2014 pula, setakat ini data menunjukkan peningkatan kes berbanding tahun lalu dengan jumlah kerugian telah mencecah RM 5 Juta.

Jelasnya lagi, kes kecurian dan vandalisme tersebut telah merencatkan usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan kadar penembusan internet kerana ia menganggu sistem telekomunikasi dan perkhidmatan di negeri ini.

Justeru, beliau berkata, kerajaan negeri telah mengarahkan pihak Polis dan SKMM mempertingkatkan lagi usaha mereka membendung masalah tersebut daripada terus berlaku.

“Kerajaan negeri memandang serius kes sebegini dan telah mengkalsifikasikan ia dipantau Majlis Keselamatan Negeri kerana soal telekomunikasi ini ada hubungkait dengan isu keselamatan kerana ia boleh mengugat saluran-saluran penting khususnya komunikasi.

“Kita akan pastikan tindakan amat tegas diambil terhadap perbuatan-perbuatan yang cuba mengsabotaj kerajaan negeri,” tegasnya.

Menurut Dr. Zambry lagi, pihak kerajaan sendiri juga telah mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut seperti memasukkan perkara itu sebagai salah satu agenda di dalam Majlis Keselamatan Negeri.

Tambah beliau, Ahli majlis, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta pihak kerajaan tempatan juga telah pun diminta untuk mempertingkatkan lagi pemantauan mereka.

Dr. Zambry juga meminta masyarakat di negeri ini melaporkan kepada pihak berkuasa secepat mungkin jika mereke mengesyaki terdapat kecurian kabel ataupun vandalism terhadap menara komunikasi di kawasan mereka.

Wednesday, September 3, 2014

Penghormatan Terakhir Kepada Jenazah Muhammad Firdaus

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim telah memberi penghormatan terakhir kepada jenazah pembantu juruterbang MH17, Allahyarham Muhammad Firdaus Abdul Rahim dalam satu majlis khas Padang Speedy, Teluk Intan pada Selasa.
Helikopter TUDM yang membawa jenazah Allahyarham selamat mendarat di padang tersebut kira-kira jam 10.15 pagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersama isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli yang mengiringi keberangkatan Tuanku turut memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Muhammad Firdaus.
Turut sama memberikan penghormatan ialah Ahli Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong dan barisan Exco kerajaan negeri Perak serta ketua-ketua jabatan.
Ketibaan jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus yang diterbangkan khas dari Komplekes Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut oleh sanak saudara Allahyarham dalam suasana sedih dan pilu.
Sebaik helikopter mendarat, keranda jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus telah diusung oleh anggota-anggota Rejimen 503 dan Dua Skuadron Semboyan DiRaja yang kemudian diikuti bacaan Alfatihah dan bertafakur seminit sebagai tanda penghormatan terakhir.
Jenazah kemudian dibawa dengan sebuah van untuk disembahyangkan di Masjid Al Naim, Taman Seri Setia, Teluk Intan sebelum dibawa dan dikebumikan di Tanah Perkuburan, Jalan Merbuk pada kira-kira jam 11.45 tengah hari