a SME Corp Diminta Bantu Lahir Ramai Usahawan Muda ~ zambry.my

Saturday, May 21, 2016

SME Corp Diminta Bantu Lahir Ramai Usahawan Muda

BAGAN SERAI - SME Corp. diminta mengambil langkah proaktif untuk membantu melahirkan lebih ramai usahawan muda di negeri Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ini kerana semakin ramai golongan muda di negeri ini terbabit dalam bidang keusahawanan dan dengan adanya bantuan daripada SME Corp., sudah pasti ia dapat membantu melahirkan ramai usahawan muda.


``Peranan penting yang dimainkan oleh SME Corp. Malaysia ini bukan sahaja dapat melahirkan ramai golongan usahawan muda di Perak malah membantu mengembangkan perniagaan mereka,’’ katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan serentak Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) 2016 Peringkat Negeri Perak  dan Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin di Bagan Serai pada Jumaat.

Dr Zambry yakin program minggu PKS itu dapat membantu pengusaha kecil dan sederhana di negeri Perak untuk meneroka peluang pasaran dan pelaburan yang lebih luas.

Terdahulu Ketua Eksekutif SME Corp, Datuk Hafsah Hashim dalam ucapannya berkata, pihaknya berharap akan dapat membantu pengusaha PKS di negeri Perak dan seluruh negara bagi mewujudkan rantaian perniagaan yang lebih kukuh.

Beliau percaya terdapat banyak lagi ruang kerjasama dengan kerajaan negeri yang dapat dijalinkan dalam usaha menggiatkan lagi bidang keusahawanan di Perak.

0 comments:

Post a Comment