a MB Inc Lancar Prototaip Surau Bergerak ~ zambry.my

Saturday, May 21, 2016

MB Inc Lancar Prototaip Surau Bergerak


PARIT BUNTAR – Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) melancarkan prototaip perkhidmatan surau bergerak yang bertujuan menyediakan tempat solat di kawasan tumpuan ramai dan waktu keramaian.

Pelancaran disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sempena Program Pemukiman YAB Menteri Besar di Daerah Kerian dekat sini pada Khamis.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Datuk Aminudin Hashim.


Surau bergerak yang akan dibangunkan dengan kerjasama sebuah badan bukan kerajaan, Badan Nadwah Islamiyah Pahang itu, berasaskan sebuah lori tiga tan yang diubahsuai dengan menyediakan ruang solat berasingan untuk muslimin dan muslimat.

Beberapa kemudahan lain turut disediakan seperti sistem siar raya, kanvas khas dan tempat mengambil wuduk.

Perkhidmatan surau bergerak itu diperkenalkan pertama kali di Malaysia oleh Badan Nadwah Islamiyah Pahang pada tahun 2015 dan dibangunkan dengan kos kira-kira RM200,000.

sura2
surau3

Aminudin berkata, perkhidmatan surau bergerak yang juga dikenali sebagai Mobil Musollah itu menyediakan alternatif untuk memudahkan umat Islam menunaikan ibadah solat, terutama pada waktu keramaian di kawasan yang tiada masjid atau surau berdekatan.

“Bagi MB Inc, ini merupakan satu lagi peluang syarikat mengerjakan amal jariah di samping menyumbang kepada usaha melaksanakan konsep mesra belia bagi menarik minat golongan muda,” kata beliau.

Perkhidmatan surau bergerak MB Inc yang akan dikenali dengan warna kuning, putih dan hitam, bagi melambangkan negeri Perak itu dijangka beroperasi sepenuhnya sebelum hujung tahun ini.

0 comments:

Post a Comment