a Dr Zambry Isytihar Nama Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin ~ zambry.my

Saturday, May 21, 2016

Dr Zambry Isytihar Nama Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin


BAGAN SERAI - Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan nama Dewan Serbaguna Bagan Serai sebagai Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin.

Menurut beliau, dewan yang menelan kos RM4.5 juta itu dinamakan Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin sebagai mengenang jasa bakti yang dicurahkan oleh bekas Ahli Parlimen Bagan Serai itu kepada rakyat di kawasan Parlimen berkenaan.



Beliau berkata, dewan berkenaan yang mempunyai penghawa dingin dan sistem pembesar suara canggih mampu menampung kapasiti 1,000 orang.

``Kita telahpun memutuskan dalam mesyuarat Exco untuk menamakan Dewan itu sebagai Dewan Dato’ Zainal Abidin Zin,’’ katanya semasa berucap merasmikan serentak dewan berkenaan dan Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS ) di Bagan Serai pada Jumaat.


Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia Dato’ Dr. Hafsah Hashim dan mantan Ahli Parlimen Bagan Serai, Dato’ Zainal Abidin Zin yang juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Dr Zambry turut mengumumkan berita gembira buat penduduk Bagan Serai apabila memaklumkan tambahan dua lagi lorong balapan di Kompleks Stadium Mini menjadikannya lapan lorong.

Katanya, ini bagi membolehkan stadium berkenaan digunakan untuk acara sukan bagi kejohanan olahraga.

0 comments:

Post a Comment