a Dr Zambry Kecewa Stesen Keretapi Parit Buntar Kotor ~ zambry.my

Saturday, May 21, 2016

Dr Zambry Kecewa Stesen Keretapi Parit Buntar Kotor

PARIT BUNTAR : Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melahirkan rasa kecewa selepas melihat Stesen Keretapi Parit Buntar di sini sangat kotor dan tidak disenggara dengan baik.

“Tempat baru tetapi kotor, no maintenance at all, sayanglah. Stesen keretapi yang baru tetapi terbiar tidak ada maintenance dan mencacatkan mata memandang,” katanya meluahkan rasa kecewa kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Daerah Parit Buntar di sini pada Khamis.


Terdahulu, Dr Zambry bersama-sama beberapa Exco kerajaan negeri dan pegawai kerajaan melawat stesen keretapi itu, sebagai sebahagian daripada Program Pemukiman YAB Menteri Besar di Daerah Kerian yang bermula Selasa hingga Jumaat.

Menurut beliau, antara kekotoran yang jelas kelihatan ialah himpunan tahi burung merata-rata tempat kerana kawasan tersebut menjadi tempat burung tidur pada waktu malam.

Dr Zambry berkata, beliau telah menghubungi Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir Nawawi Ahmad memaklumkan mengenai perkara berkenaan.

“Kita minta kepada KTMB dengan segera membuat tindakan-tindakan maintenance dan mempastikan supaya setiap hari stesen keretapi hendaklah dijaga dengan sebaik-baiknya,” ujarnya.

kotor3
kotor4
kotor5
kotor6


0 comments:

Post a Comment