a PRK: BN Kuala Kangsar Tidak Berbalah - Dr Zambry ~ zambry.my

Saturday, May 21, 2016

PRK: BN Kuala Kangsar Tidak Berbalah - Dr Zambry

KUALA KANGSAR: Tidak wujud sebarang perbalahan di antara pemimpin parti komponen dan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kuala Kangsar khususnya menjelang Pilihan Raya Kecil ( PRK) P067 itu kelak.

Sebaliknya, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga Pengerusi Perhubungan BN Negeri Perak, pihaknya mendapat sokongan padu daripada semua parti komponen bagi menghadapi pilihan raya itu.


Katanya, semua pemimpin parti komponen telah mengadakan pertemuan dan perbincangan awal bagi mengetengahkan idea bagi membantu jentera BN Perak kali ini.

"Baik MIC, MCA, Gerakan dan PPP, telah menyatakan hasrat mereka untuk terus bekerja keras bagi memastikan jentera kali ini diuruskan dengan mantap dan kuat.

"Dalam pertemuan kali ini, saya sendiri telah menyaksikan semangat setiap ahli baik BN atau parti komponen yang menunjukkan kesediaan mereka turun padang dan memperkukuhkan jentera BN Kuala Kangsar ini," katanya kepada pemberita seleps hadir dalam Mesyuarat Pertama Jawatankuasa BN Parlimen Kuala Kangsar Bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar P067 di Safari Resort pada petang Jumaat.

Turut hadir, Pemangku Ketua Bahagian YB Kamil Shafie di Safari Resort.

Dr Zambry berkata, beliau sendiri telah mengemukakan saranan tentang memperkemas  jentera PRK tersebut untuk memastikan kemenangan BN  di Parlimen Kuala Kangsar.

Menurut beliau, pemantauan dan pertemuan perlu diadakan dengan lebih kerap dan secara berterusan dan bukannya sekadar datang pada PRK sahaja.

"Saya tak nak dikatakan sebagai  individu yang datang sekali sekala hanya ketika ada aktiviti khas kerana ia akan menbawa persepsi orang ramai terhadap saya berubah, kalau boleh hentikan," ujanya.

0 comments:

Post a Comment