a Hormati Perasaan Ahli Keluarga Nahas Helikopter – Dr Zambry ~ zambry.my

Monday, May 9, 2016

Hormati Perasaan Ahli Keluarga Nahas Helikopter – Dr Zambry

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta semua pihak tidak menyebarkan sebarang berita tidak sahih mengenai nahas helikopter di Sarawak sebagai menghormati perasaan ahli keluarga terdekat mangsa.

Menurut beliau, ketika ini merupakan satu tempoh yang amat sukar bagi mereka dan memerlukan semua pihak menjadi lebih prihatin terhadap perkara yang berlaku.

 

Sehubungan itu, beliau memohon kepada semua pihak agar terus berdoa semoga mereka semua terselamat.

Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap usaha berterusan untuk mencari dan menyelamat yang sedang dilakukan oleh semua pihak.

“Saya mewakili kerajaan negeri dan seluruh rakyat negeri Perak berasa amat terkesan dan prihatin dengan berita kehilangan helikopter RP-C 6828 yang melibatkan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Jumaat.

Dr Zambry turut melahirkan keprihatinan dengan nasib penumpang yang lain, iaitu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Sundaran Annamalai, Asmuni Abdullah dan Ahmad Sobri Harun.

“Sekali lagi, marilah sama-sama kita berdoa agar mereka semua selamat,” ujarnya.

0 comments:

Post a Comment