a BELASUNGKAWA MOHD REDZUAN ARIFFIN (PAK AWANG) ~ zambry.my

Saturday, October 3, 2015

BELASUNGKAWA MOHD REDZUAN ARIFFIN (PAK AWANG)



Dengan dukacitanya, dimaklumkan bahawa Mohd Redzuan bin Mohd Ariffin, atau lebih dikenali sebagai Pak Awang, seorang kakitangan Pejabat YAB Menteri Besar Perak yang paling lama berkhidmat, telah kembali ke Rahmatullah pada pagi ini.

Beliau yang dilahirkan di Kg Bukit Nangka, Lenggong  pada 27.4. 1954 mula berkhidmat pada 17.2.1975. Beliau telah bersara wajib pd 26/4/2014 dan dilantik semula secara kontrak pd 2/5/2014 sehingga sekarang. Jawatan terakhir beliau adalah sebagai pekerja am.

Sehingga kini beliau telah berkhidmat di bawah enam Menteri Besar iaitu Tan Sri Dato' Seri Mohamed Ghazali Jawi, Dato' Seri Wan Mohamed Wan Teh, Tan Sri Dato' Seri Ramli Ngah Talib, Tan Sri Dato' Seri Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan YAB Dato' Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun  (HPRB) pada hari Isnin 28/9/2015 kerana jangkitan kuman di dalam darah dan menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.35 pagi ini (3/10/2015).

Allahyarham yang berusia 61 tahun, meninggalkan enam orang anak, (seorang anak lelaki dan 5 perempuan).

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru Raya tengahari ini.

Takziah buat seluruh keluarga dan
Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama para solihin dan muttaqin.

Alfatehah.

Dikeluarkan oleh
Unit Komunikasi dan Media
Pejabat YAB Menteri Besar Perak

0 comments:

Post a Comment