Jika matlamat Menteri Besar Perak melalui Program pemukiman di Hulu Perak yang masuk hari kedua hari ini (Rabu) untuk menemui rakyat dan merasai sendiri nadi rakyat, ia telah mencapai matlamat yang ditetapkan.
Melalui pendekatan ini nampaknya Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir berjaya mendekati minda mereka serta mendengar rintihan tanpa semata-mata bergantung laporan pegawai walaupun hakikatnya tidak semua “permohonan dan keluh kesah”dapat diselesaikan dalam sekelip mata.
Yang penting ialah Menteri Besar benar-benar menjiwai falsafah yang diungkapkan beberapa tahun lalu ia itu bagi memastikan tidak ada rakyat di Perak akan terpinggir dari arus pembangunan (Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir) khususnya penduduk di luar bandar.
Dengan melalui falsafah inilah, Dr.Zambry memilih untuk masuk ke kampong-kampung serta ke kawasan pedalaman meskipun menyedari masa dihabiskan untuk ke kawasan berkenaan tidak semudah membilang 123.
Bukan itu sahaja pemukiman kali ini memakan masa lima hari berbanding program turun padang sebelum ini hanya dua hari.
“Dulu dua hari tetapi sekarang kita buat empat atau lima hari . . . tujuannya bagi kita turun padang menemui dan mendengar sendiri masalah rakyat,”katanya.
Dengan nada separuh bergurau beliau menambah “. . . . ini pendekatan kita, kerajaan negeri yang lain belum buat, Perak yang pertama mengambil inisiatif ini dengan mengadakan pemukiman lima hari.
Ini semata-mata bagi merapatkan kita dengan rakyat dan pada masa sama mendengar masalah mereka.”
Sebagai contoh pagi tadi beliau dan rombongan termasuk beberapa anggota EXCO kerajaan negeri sekali lagi berada di Kampong Bersia Lama dalam program bersarapan dengan rakyat tempatan. Kira-kira 200 orang hadir. Ini kali keempat Dr.Zambry memasuki ke kampong ini.
Berdasarkan sambutan rakyat disetiap program pemukiman lebih-lebih lagi program yang dihadiri oleh Dr. Zambry membuka pintu harapan kepada kebanyakan mereka.
Sebagai contoh Menteri Besar terpaksa menjawab pertanyaan seorang penduduk yang juga pemimpin UMNO peringkat cawangan mengenai isu bantuan khas kepada pemimpin peringkat bawahan kerana mereka juga ada peranan dalam membantu dan menggerakkan jentera parti.
Dr Zambry berkata kerajaan negeri akan mencari kaedah membantu ketua-ketua sayap parti di peringkat akar umbi bagi menggerakkan aktiviti parti khususnya dalam membantu penduduk di kawasan mereka.
Secara khusus komen ini merujuk permintaan ketua cawangan UMNO Bersia Lama, Mohd Shahed Jarais yang mengesyorkan satu peruntukan kepada ketua sayap parti di peringkat akar umbi bagi memudahkan gerakan membantu penduduk yang memerlukan bantuan.
Ini berdasarkan terdapat ketua cawangan yang bekerja menoreh getah dan tidak mempunyai dana bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan berbanding ketua kampung yang diberikan elaun bulanan RM 1,000.
Walaupun dari satu aspek isu yang ditimbulkan itu adalah masalah dalaman parti tetapi ia tidak bagi Menteri Besar kerana baginya isu ini juga tetap merupakan satu masalah rakyat dan masalah parti.
Melalui program sarapan dengan rakyat pejabat Menteri Besar tidak mengatur menu atau memilih sarapan sebaliknya makanan yang disediakan dipilih penduduk sendiri. Dr.Zambry tidak kekok menjamah makanan “kampong”. Beliau juga tidak meminta makanan tersebut terlebih dahulu dibawa ke mejanya.
Dr.Zambry turut melayan diri mengambil sendiri makanan. Bagi penduduk Bersia lama, mereka mengintai makanan yang dijamah Menteri Besar. Ramai tersenyum apabila beliau tidak menolak untuk menjamah nasi ulam dan pulut ikan pekasam.
“Mai la kerap sikit . . .”kata seorang penduduk merujuk program sarapan MB bersama rakyat di Kampung Bersia, Gerik pagi tadi.
Maksud melawat lebih kerap ditujukan kepada Menteri Besar yang berkunjung buat kali keempat ke kampungnya. Mungkin menjelang PRU ke14, MB bakal ke sini lagi.
Beliau sebenarnya bukan tidak faham bahawa MB terpaksa turun juga melawat ke 24 kawasan parlimen serta 59 kawasan DUN di Perak, selain dari itu juga memastikan urusan pentadbiran dan jentera kerajaan berjalan lancar. Justeru empat kali ke kampong Bersia bagi seseorang Menteri Besar adalah sesuatu yang dianggap luar biasa.
Lelaki yang bertanya itu kemudian tersenyum apabila diberitahu kawasan lain juga memerlukan perhatian. “Mengapa tidak minta tolong YB kawasan ini . . .”tanya seorang wartawan. Dia hanya tersenyum meninggalkan sekumpulan wartawan yang kelihatan berada dalam keadaan terkedu.
Sebelum meninggalkan majlis Menteri Besar memenuhi hajat setengah penduduk untuk sessi bergambar kenang-kenangan.
Selesai program sarapan pagi, rombongan Menteri Besar secara berkonvoi bergegas ke Banding bagi menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah, yang beliau pengerusikan. Tetapi yang mencuri perhatian ialah program membabitkan pengusaha indastri pelancungan di Tasik Temenggor, juga diadakan di Banding.
Dalam pertemuan yang diadakan secara santai,walaupun pada asal pertemuan itu diatur agak formal membabitkan satu majlis dialog. Para pengusaha pelancung tempatan “berkerumun” dimejanya meluahkan masalah yang menimpa mereka.
Selesai program ini, Dr.Zambry dan rombongan serta pihak media menaiki “boat house” untuk meninjau keindahan semula jadi Royal Belum.
Satu mesyuarat EXCO diadakan di sebuah resort dihadiri semua anggota EXCO.
Sementara itu dalam satu sidang media sebelum berlangsung mesyuarat EXCO,Dr.Zambry mengambil kesempatan mengingatkan pengusaha pelancung di sekitar Banding agar tidak mengenakan bayaran tinggi kepada pelancong yang berkunjung.
Bagaimanapun beliau mengakui belum mendapat maklumat mereka berbuat demikian.“Saya belum mendengar lagi tentang hal ini (kenaikan) . . .” katanya sambil berharap komennya itu sebagai satu peringatan.
Menteri Besar juga pada masa sama meminta mereka menjaga imej Royal Belum dan kawasan sekitar kerana status mereka sebagai duta kecil di negeri ini.
Seperkara lagi ada sesuatu peringatan buat pengusaha dan pemilik lombong atau indastri. Dr.Zambry berkata, kerajaan bimbang sikap tidak bertanggunggjawab segelintir mereka sehingga menjadi punca pencemaran sungai-sungai.
Katanya kerajaan memandang serius hal ini . . . .mereka harus lebih bertanggungjawab agar turut memelihara alam sekitar dan tidak mencemari sungai-sungai. ”Kerajaan negeri tidak akan sesekali bertolak ansur . . .jika mereka dikesan bertanggungjawab, seperti dalam kes Sungai Rui dulu, kita tidak akan bertolak ansur”.
Pada sebelah petang,beliau dan Jemaah EXCO meluangkan masa menghadiri jamuan tahun baru cina bagi kawasan parlimen Gerik. Dalam ucapan,MB berkata “ kerajaan tetap membela komuniti Cina di negeri ini meskipun terdapat dakwaan kononnya mereka tidak menyokong BN dalam pilihanraya lalu.
Katanya beliau “tidak ambil peduli” tentang dakwaan itu malah sebagai MB, beliau akan terus menunaikan tanggungjawab kepada semua rakyat.``Sebagai MB yang dipilih, saya memberi jaminan akan terus membela komuniti Cina sepertimana komuniti Melayu, India serta lain-lain kaum di negeri ini.’’
Dalam konteks sama, Dr.Zambry meminta komuniti Cina supaya tidak termakan fitnah dan dakwaan palsu yang dilemparkan pihak tertentu yang berniat jahat supaya rakyat membenci kerajaan.
Katanya, melalui program pemukiman ini jelas membuktikan BN tetap komited dan sentiasa membela nasib rakyat tanpa mengira ideologi politik.
Pada sebelah malam, selepas solat magrib di Tahfiz Air Jernih (Kenering), Menteri Besar menghadiri majlis makan malam anjuran BN Gerik dan Lenggong. Majlis ini tertutup bagi media.
Sehari sebelum itu, pegawai daerah Gerik Mohd Tahir Osman dalam taklimat media memuji pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui Dr.Zambry kerana begitu effisyen dalam kerangka menyelesaikan masalah pemilikan tanah di kawasan Gerik (dan Lenggong).
Katanya sejak 2009 lebih 3,000 masalah berkenaan diselesaikan atau dari statistic,ia membabitkan 70%.
Mengulas lanjut beliau berkata Menteri besar mempunyai kaedah tersendiri mendepani masalah-masalah yang dihadapi penduduk.” - AgendaDaily
0 comments:
Post a Comment