a Pemaju Perlu Sedia Tanah Lapang Untuk Riadah ~ zambry.my

Friday, February 5, 2016

Pemaju Perlu Sedia Tanah Lapang Untuk Riadah

"Kerajaan negeri meminta pemaju kawasan perumahan menepati syarat untuk menyediakan tanah lapang awam di kawasan yang dimajukan bagi tujuan riadah," kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata, tanah lapang awam itu boleh dibangunkan sebagai taman rekreasi selain menyediakan kemudahan sukan untuk kegunaan masyarakat.

"Jika mereka (pemaju) ingin membangunkan sesuatu kawasan, ada keperluan yang perlu dipenuhi termasuklah menyediakan kawasan lapang.

"Sebagai contoh, kerajaan negeri menetapkan antaranya bagi kawasan yang melebihi 4.04 hektar atau kawasan melebihi 2.02 hektar, berapa peratus dari kawasan itu perlu dijadikan tanah lapang," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Zambry berkata, pemaju perlu menepati perancangan yang ditetapkan kerajaan negeri dalam memberi keselesaan kepada rakyat khususnya di kawasan perumahan yang mempunyai penduduk ramai.

"Sekiranya perumahan baharu dibina di kawasan kecil, pemaju boleh memperbesarkan atau menaik taraf tanah lapang sedia ada di kawasan perumahan berdekatan yang luas bagi membolehkan penduduk datang beriadah," katanya.

Dalam pada itu, Zambry berkata, kerajaan negeri tidak menolak permohonan pemaju yang ingin membangunkan kawasan perumahan di tanah milik peribadi, namun pihaknya akan sentiasa memantau agar syarat untuk memajukan kawasan perumahan dipenuhi.

"Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Rusnah Kassim dilantik untuk meneliti aspek tersebut," katanya.

Related Posts:

  • Jangan Sebar Spekulasi Mengenai Banjir Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi mengenai situasi banjir di negeri ini yang boleh menimbulkan kerisauan masyarakat setempat. Keadaan banjir yang berlaku di sekitar negeri ini adalah disebabk… Read More
  • Banjir Di Perak Bukan Disebabkan Empangan TNB Kejadian banjir yang berlaku di kawasan di perak bukan disebabkan tindakan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) melepaskan air daripada empangan di Sungai Perak Banjir yang berlaku adalah disebabkan oleh hujan lebat berterus… Read More
  • 370 Penduduk Lenggong Dipindahkan Akibat Banjir Seramai 370 penduduk telah dipindahkan ke 6 pusat pemindahan sekitar daerah Lenggong berikutan banjir di kawasan tersebut. Antara kampung terlibat dan pusat pemindahan yang telah dibuka adalah Kg. Sumpitan(Dewan Orang Rama… Read More
  • Konsep Living Museum Bakal Lonjakkan Tarikan Pangkor Tarikan Pulau Pangkor sebagai destinasi pelancongan utama negara akan diperhebatkan ladi dengan terlaksananya usaha menjadikan pulau itu destinasi "living museum". Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, ko… Read More
  • Program 'Bantu Kami Ke Sekolah' Akan Diperkasakan Syabas YBU dan Baiduri atas kejayaan menganjurkan Program Bantu Kami Ke Sekolah 2015 di hadapan Kompleks Renang MBI, Ipoh. Program yang baik untuk membantu rakyat membeli kelengkapan persekolahan pada kadar istimewa. Keraj… Read More

0 comments:

Post a Comment