Menteri
Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menafikan tohmahan kononnya
kerajaan negeri meminggirkan komuniti India serta golongan minoriti di
negeri ini.
Dr
Zambry berkata, menurut hukum dalam sistem politik berdemokrasi, setiap
kaum mempunyai hak yang sama dengan kaum yang lebih besar.
Dalam
konteks itu, katanya, kerajaan negeri sentiasa mendengar masalah yang
melibatkan masyarakat India dan bertindak mengatasi dan menyelesaikan
masalah mereka.
“Jangan
mudah termakan hasutan dan fitnah golongan tertentu yang gemar
melontarkan fitnah untuk memburuk-burukkan kerajaan,” katanya semasa
berucap di majlis Bersama Masyarakat India di Kampung Ramasamy, Gerik
pada Khamis.
Hadir sama Pengerusi MIC Perak, Datuk V. Elango.
Pada majlis itu, Dr Zambry turut menyampaikan surat hak milik tanah kepada 19 keluarga yang menetap di kampung berkenaan.
Dr
Zambry juga menasihati penduduk yang menerima geran hak milik supaya
tidak menjualnya kerana ia merupakan satu-satunya harta yang perlu
dijaga untuk anak cucu mereka.
Beliau
berpendapat, mereka perlu memikirkan masa hadapan yang lebih jauh dan
bukannya bertindak menjual tanah, semata-mata untuk mendapatkan
keuntungan singkat yang akhirnya merugikan mereka sendiri. - Suara Perak
0 comments:
Post a Comment